Nama Anda :
Jawatan Anda :
Alamat tempat kerja:
Kepada:
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 12, 13 & 14, Blok B
Komplaks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur.
Melalui:
Pengarah Kanan
Cawangan Arkitek
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 12 Menara Tun Ismail Mohamad Ali
No.25, Jalan Raja Laut,
50582 Kuala Lumpur
No.25, Jalan Raja Laut,
50582 Kuala Lumpur
Pengarah Kanan
Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 12,13,15,16 & 17 Centre Point North
The Boulevard,Mid valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur. 25 February 2013
Tuan,
PERMOHONAN PERTUKARAN KE MANA- MANA JABATAN KERJA RAYA PERSEKUTUAN DI KELANTAN
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Saya Nama Anda berjawatan sebagai Jawatan Anda yang bertugas di Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur Dan Jambatan sebagai pinjaman dari Cawangan Arkitek Yang telah berkhidmat selama 5 tahun di Jabatan Kerja Raya ingin memohon bertukar ke mana-mana Jabatan Kerja Raya Persekutuan di Kelantan.
3. Pertukaran ini amat diperlukan kerana faktor-faktor berikut:-
i. Saya telah berkahwin dan keluarga saya tinggal di Kelantan . Memandangkan isteri saya berkhidmat di Majlis Perbandaran Kota Bharu dan jawatannya adalah tertutup yang tidak tertakluk kepada mana-mana pertukaran, ini menimbulkan menimbulkan kesukaran kepada beliau untuk bertukar ke jabatan lain.
- Saya juga mempunyai seorang anak yang berusia 11 bulan yang memerlukan perhatian daripada saya dan isteri untuk menjaganya.
- Memandangkan kos sara hidup yang tinggi kerana saya terpaksa berulangalik setiap minggu kerana tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga.
- Saya juga ingin menyumbang tenaga bagi kedua-dua ibubapa dan mertua saya di kampung. Saya juga mempunyai seorang adik yang masih bersekolah dan memandangkan kesihatan bapa saya yang tidak menentu dan saya adalah anak sulung daripada (5) orang adik beradik saya perlu membantu ibubapa saya di kampung.
4. Saya amat berbesar hati sekiranya permohonan saya untuk bertukar ke mana-mana jabatan kerja raya persekutuan di Kelantan mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Bersama-sama ini saya sertakan sesalinan surat pengesahan jawatan dari jabatan isteri saya dan surat beranak anak saya untuk makluman pihak tuan.
Kerjasama tuan amatlah saya hargai.
Sekian.Terima Kasih
Yang benar
……………………….
(Nama Penuh Anda)
Jawatan
No comments:
Post a Comment