Sunday, July 26, 2020

PERBANDINGAN ARUZ/RUSH DENGAN HONDA BRV


Umur purata rakyat Malaysia mula berkahwin ialah antara 26-30 tahun. Dalam masa 5 tahun pasangan yang berkahwin jika murah rezeki akan dikurniakan mungkin sehingga 2 atau 3 anak. Kebanyakan rakyat Malaysia mula menggunakan kereta kompak sebagai kereta pertama yang akan menjadi tidak sesuai apabila bilangan anak bertambah. Agak sukar untuk memasang 3 kerusi bayi melainkan ia sedan dalam segmen C atau D.

Apabila memandu untuk jarak jauh seperti pulang ke kampung maka kereta kompak tadi akan terasa sempit. Pilihan yang ada ialah samaada Honda BR-V ataupun Perodua Aruz dan kembarnya Toyota Rush disebabkannya baru dilancarkan dalam masa kurang 2tahun.

Perodua Alza bakal digantikan dengan model baru manakala Proton Exora pula bakal menerima MPV yang berasaskan model Geely. Toyota Avanza pula kekurangan sistem ESC walaupun pada model kemaskini 2019.

Mari kita bandingkan antara Honda BRV dengan Perodua Aruz/Toyota Rush. Bagi memudahkan perbandingan semua model yang dibandingkan adalah menggunakan varian paling premium.

Cesi – aspek ini merupakan perbezaan terbesar antara Rush/Aruz dengan Honda BRV. Cesi Honda BRV diasaskan daripada cesi monocoque, atau shell sama seperti cesi yang digunakan dalam kebanyakan kereta sedan dan kompak. Kerangka monocoque direka agar mampu menerima load atau daya dalam daya menerusi struktur yang terbina dalam (built in).

Cesi BRV direka agak unik dengan kerangka utama iaitu panel lantai BR-V diambil dari cesi Honda Brio iaitu sebuah kereta kompak ECO khas untuk pasaran Thailand. Platform lantai ini dipanjangkan sedikit berbanding platform asal bagi menjadikan jarak antara roda BR-V 2,662mm. Sub-kerangka depan dan bahagian enjin pula dipinjam dari cesi Honda Jazz/City kerana Brio hanya memiliki enjin 1200cc sahaja.

Cesi Rush dan Aruz direka dengan menggunakan kaedah ladder frame di mana kerangka utama terletak di bahagian bawah menerima dan menampung berat kenderaan dan sistem kenderaan (transmisi, brek, stering) akan dipasang pada bahagian ini. Kabin penumpang akan dipasang secara berasingan.

Cesi Rush yang digunakan oleh Aruz menggunakan ladder frame kerana ketika ia dibangunkan Toyota mendapati permukaan jalan di negara pasaran utama mereka iaitu Indonesia tidak ada infrastruktur jalan yang sempurna. Bagi menjadikan cesi ini lasak, maka ladder frame digunakan.

Enjin – kedua dua Honda BRV dan Aruz/Rush menggunakan enjin 1500cc dengan injap pemasaan. Aruz/Rush menggunakan enjin NR dengan teknologi dual VVT-i yang berupaya memberikan penggunaan petrol sekitar 15.6km per liter. Enjin ini menghasilkan 104 kuasa kuda dan 136Nm tork pada Rush.

Aruz pula menghasilkan 101 kuasa kuda dan 133Nm tork. Kami tidak pasti mengapa angka ini berbeza, namun kami yakin ia mungkin disebabkan perbezaan tetapan ECU dan juga kawalan injap yang sedikit berbeza dalam teknologi dual VVT-i.

Honda BRV pula menggunakan enjin 1500cc i-VTEC L15A7 yang menghasilkan 118 kuasa kuda dan 145Nm tork. Disebabkan penggunaan teknologi VTEC dan nisbah mampatan yang lebih tinggi, ia mampu menghasilkan lebih kuasa kuda.

Transmisi – Aruz/Rush menggunakan transmisi 4 kelajuan automatik yang dihantar ke roda belakang. Walaupun RPM enjin menjadi agak tinggi ketika halaju 110km/j, pujian harus diberikan pada enjin kerana ia masih mampu memberikan penjimatan bahan api ( dengan bantuan dual VVT-i)

Honda BRV pula menggunakan transmisi CVT yang akan menghantar kuasa ke tayar depan, sama dengan kebanyakan kereta sedan juga kompak pada hari ini. Namun BRV dilengkapkan dengan penukar gear (yang memberikan 7 ratio maya) bagi memudahkan pemanduan

Sistem Gantungan – Aruz/Rush dan juga Honda BRV menggunakan rekaan topang McPherson pada gandar depan dengan kedua-dua penyerap hentak hadapan disambungkan dengan bar anti oleng. Perbezaan yang ketara pada model ini ialah pada gandar belakang. Honda BRV menggunakan torsion beam pada gandar belakang sama seperti sedan dan kereta kompak yang lain.

Aruz/Rush pula menggunakan sistem gantungan Live Axle yang mana gandar belakang merupakan sebahagian daripada sistem suspensi. Gandar belakang Rush/Aruz juga lebih rumit kerana ia menempatkan sistem differential yang menerima kuasa dari enjin menerusi sambungan propeller shaft. Suspensi belakang menerima bar anti oleng bagi membantu kestabilan kenderaan.

Sistem Keselamatan – Aruz/Rush serta Honda BRV menerima brek cakera dengan sejukan udara pada bahagian gandar depan dan brek dram pada bahagian belakang. Ciri-ciri lain seperti ABS, EBD, dan ESC merupakan ciri standard pada model ini. Hanya Honda BRV menerima 2 beg udara berbanding 6 beg udara pada Aruz/Rush.

Aruz menerima sistem ASA 2.0 yang memberikan ciri brek pra-perlanggaran sehingga kelajuan 80km/jam dan Rush pula menerima sistem Pre Collision Braking yang mampu mengesan kemungkinan berlakunya kemalangan sehingga 100km/j. Kedua dua sistem berupaya mengesan dan membrek jika mengesan pejalan kaki.

Ciri ini tidak ditawarkan pada Honda BRV. Rush ditawarkan dengan sistem keselamatan yang lebih cemerlang menerusi sistem amaran titik buta menerusi cermin sisi, sistem amaran lintasan belakang dengan sensor serta kamera dengan pandangan 360 darjah

Tayar – Aruz/Rush datang dengan tayar bersaiz 215/60 R17 yang dipasang dengan tayar Bridgestone Alenza. Honda BRV pula datang dengan tayar bersaiz 195/60 R16 yang lebih kecil. Secara pengiraan Aruz/Rush akan mempuanyai pusat graviti yang tinggi berbanding dengan BRV

Lampu Hadapan – Aruz/Rush menggunakan lampu depan dengan teknologi LED bagi lampu rendah dan juga tinggi. Perumah lampu ini menggunakan kaedah reflektor bagi menyebarkan cahaya. Lampu depan ini dilengkapi dengan fungsi Follow Me Home, yang boleh menyala beberapa ketika bagi menerangi laluan walaupun enjin dimatikan.

Lampu depan Honda BRV pula menggunakan lampu dengan sumber pencahayaan datang dari mentol halogen. Tapi ia dipakejkan dengan sistem projektor bagi lampu rendah dan reflektor bagi lampu tinggi. BRV juga datang dengan sistem DRL terbina dalam bagi memberikan imej yang lebh sporti.

Semua model didatangkan dengan lampu belakang dengan teknologi LED, brek ketiga dengan LED bagi Aruz/Rush dan lampu brek biasa bagi Honda BRV

Pengendalian- disebabkan cesi Aruz/Rush dibina dengan struktur ladder frame (sama seperti Hilux, Innova) maka pengendalian dan kawalan stering tidaklah setajam kereta sedan dan kompak yang biasa dipandu. Keadaan cesi yang tinggi dan kurus tidak membenarkan anda mengambil selekoh ala-ala Peter Solberg. Namun berdasarkan pandu uji kami pada Aruz dan Rush, NVH SUV ini adalah bagus.

Honda BRV pula boleh dipuji untuk pengendaliannya seperti sedan, malah tidak jauh seperti kereta Honda City milik penulis. Rekaan cesinya yang rendah serta enjin yang bertenaga yang digabungkan dengan CVT memberikan pecutan yang bertenaga. Namun kekurangannya ialah bunyi bising yang masuk ke dalam kabin penumpang terasa agak kuat

Penggunaan Petrol – bagi pandu uji Rush, kami merekodkan penggunaan petrol purata sekitar 13.3km per liter petrol dengan halaju sekitar 120km/j serta dinaiki 7 penumpang. Honda BRV pula mencatatkan penggunaan petrol sekitar 14.1km per liter bagi corak pemanduan yang sama.

Review Honda BRV oleh hos kesayangan anda Abam Japar dan Abam Beras

Sumber daripada :  mekanika.com.my

Gambar langsung: Honda City Turbo RS 2020 ditayang di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok

Gambar langsung: Honda City Turbo RS 2020 ditayang di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok


Honda Thailand telah menayangkan pelbagai model menarik di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2020 baru-baru ini. Antaranya adalah Honda City Turbo RS 2020.


Dipadatkan dengan enjin VTEC Turbo 1.0 liter, ia mampu menjana 122 PS dan 173 Nm yang memacu tayar hadapan melalui kotak gear jenis CVT. Honda menyatakan yang kereta ini mempunyai kecekapan petrol sebanyak 23.8 km/liter (4.2 liter/100 km).

Dengan harga THB 739,000 (tukaran langsung RM 99,468.62), jom kita lihat spesifikasinya dengan lebih lanjut lagi.

Di bahagian hadapan, lampu hadapannya adalah lampu LED yang mengapit kemas gril kemasan hitam berkilat berlatarbelakangkan corak sarang lebah yang tampak lebih ‘sporty’.



Ia juga diberi lampu kabus LED pada kedua sisi bawah bamparnya.


Di bahagian sisinya pula, varian RS ini diberi rim bersaiz 16 inci yang tampak ranggi.


Cermin sisi dengan kemasan hitam berkilat ini dipasang pengesan bina-dalam – satu ciri unik pada model ini.


Bahagian belakangnya dikemasi lampu brek LED dan spoiler ‘boot lid’. Kemasan cat badannya pula adalah warna Ignite Red – warna eksklusif bagi model RS.


Di dalamnya pula, Honda City ini didatangkan dengan sistem infotainmen dengan skrin sentuh 8 inci serta Apple CarPlay (dengan sokongan Siri!) dan Android Auto, ditambah lagi dengan penghawa dingin automatik.

Selain daripada ‘paddle shifters’, stereng pelbagai-fungsi ini juga mengawal sistem stereo, peranti telefon dan penghawa dingin.

Tempat duduknya juga dikemasi dengan jahitan merah untuk menaikkan lagi seri ruang dalamannya.

Secara keseluruhannya, ia menawarkan pakej yang cukup menarik dan ia akan menjadi satu tambahan bagi barisan Honda City 2020 serba baharu yang akan sampai di tanah air kita – mungkin sekitar hujung tahun ini. Varian 1.5 SV dan 1.5 RS akan tiba di Singapura tak lama lagi.

sumber : Wapcar.my

Tuesday, July 21, 2020

Tahuk4h Anda: Kenapa Tayar Ganti Lebih Kecil d4ripada Tayar Bi4sa?


ANDA mungkin sudah tahu tayar ganti yang dibekalkan pengeluar tidak sama saiz dengan empat tayar lain. Tayar ganti itu, yang juga dip4nggil tayar donat, lazimnya menggun4kan rim kuning atau hitam dan bersaiz lebih kecil atau kurang lebar. Namun, ia t3tap bergantung kepada model kereta anda.

Kenapa tid4k berikan s4ja tayar bersaiz asal? Bukankah mudah gantikan terus jika berlaku insiden tayar p4ncit? Ada 3 sebab kenapa kereta @nda diberikan tayar ganti bersaiz kecil:

BACA >>> #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

1. JIMAT RU4NG

Faktor paling utama kenapa t4yar donat memiliki diameter kecil dan kurang lebar adalah untuk menjimatkan ruang. Ini memud4hkan tayar ganti itu disimpan. Ini penting supaya ru4ng but dapat dimaksimumkan. Tambahan lagi untuk kereta jenis hatchback yang memiliki luas but terhad.


2. KURANGKAN BERAT KER3TA

Tayar donat l4zimnya dihasilk4n menggunakan material ringan dan ini membantu mengurangkan berat kasar kereta. Saiz rim dan tay4r sebenar boleh menambah berat keseluruhan jentera walaupun tidak begitu ketara.

Bagaimanapun, ia tetap memberikan kesan l4ngsung ke atas penggunaan bahan api, termasuk mengurangkan jarak perb4tuan. Lebih berat, maknanya kereta akan menggunakan lebih b4nyak bahan api.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena P4sang Penutup Tiub?


3. KURANGKAN H4RGA KERETA

Setiap tambahan m4terial untuk pembuatan komponen kereta akan melibatkan k0s dan menyebabkan penambahan harga. Jadi, tayar yang kecil dan rim ring4n adalah lebih murah dan sedikit sebanyak mengurangkan kos kereta.

Namun, pemilik harus faham tujuan sebenar tayar d0nat. Ia cuma tayar ganti dan bukan dibu4t untuk dipandu j4uh dalam masa lama. Ini keran4 saiz tayar berbeza boleh menjejaskan pengendalian dan jajaran r0da. Asasnya, tayar donat cuma berfungsi sebayar tayar sementara supaya @nda dapat memandu ke kedai tayar untuk menuk4r atau menampal tayar asal.

**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis**

SUMBERCarmudi & pandulaju.com

PENAFIAN:
pemilik akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sebenar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Terima kasih

Sunday, July 19, 2020

Tek4nan di tempat kerja: Bag4imana untuk bert4han?

Tek4nan di tempat kerja: Bag4imana untuk bert4han?

DR FIRDAUS: Tanda-tanda tekanan boleh dibahagikan kepada gejala fizikal, tingkah laku dan psikologikal. - Gambar hiasan

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye yang juga penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) menyuarakan tentang kepentingan menangani isu tekanan di tempat kerja.

Katanya, m4jikan di semua peringkat perlu mengambil berat soal tahap kesih4tan mental setiap pekerja bagi mengelakkan berlaku risiko kemurungan.

Jelasnya, peranan majikan di negara ini dalam mempromosikan kesedaran soal kesihatan mental di tempat kerja masih pada tahap rendah.

Selain itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda menjelaskan pada tahun 2017, terdapat 20,000 penjawat awam yang bersara awal setahun disebabkan tekanan di tempat kerja.

Angka itu hampir kepada jumlah mereka yang bersara wajib iaitu antara 30,000 sehingga 35,000 orang setahun.

Angka membimbangkan

Ia adalah angka yang agak membimbangkan. Sec4ra umumnya, tekanan kerja menjejaskan produktiviti serta prestasi organisaisi dan angka mereka yang mengalami tekanan ini adalah agak tinggi.

Data daripada National Institute of Occupational safety and Health (NIOSH) di Amerika Syarikat (AS) mengatakan bahawa kira-kira satu pertiga d4ripada pekerja mengalami stres di tempat kerja.

Beberapa kajian lain di Eropah juga menunjukkan angka yang hampir sama iaitu di antara 20 sehingga 30 peratus.

Tekanan kerja secara umumnya berpunca daripada tanggungjaw4b atau beban tugas yang tidak berpadanan dengan penget4huan, kemahiran atau jangkaan individu tersebut sehingga menyebabkan mereka sukar untuk menghadapinya.

Tekanan ini akan menjadi bertambah teruk apabila mereka tidak mendapat sokongan darip4da rakan sejawat atau ketua dan tidak mempunyai kawalan terhadap punca tekanan.

Tanda-tanda tekanan

Tanda-tanda tekanan boleh dibahagikan kepada gejala fizikal, tingkah laku dan psikologikal.

Antaranya ialah sakit kepala, tegang otot, cepat letih, berdebar-deb4r, kurang selera makan, sedih serta sukar tidur.

Ia juga boleh menyebabkan individu tidak hadir bekerja, hilang minat, cepat marah serta sukar membu4t keputusan.

Mereka juga cenderung untuk mengalami kemalangan di temp4t kerja.

Punca-punca tekanan

Tekanan boleh berpunca daripada individu, jenis pekerjaan, temp0h bekerja yang panjang atau faktor persekitaran.

Konflik di kalangan teman sekerja atau ketua adalah ant4ra sebab yang paling kerap ditemui.

Ini menyebabkan berlakunya jurang komunikasi serta menjejaskan produktiviti di tempat kerja.

Fenomena buli di tempat kerja turut menjadi punca. Adakalanya pekerja bukan sahaja dibuli oleh ketua tetapi juga oleh rakan sejawat y4ng lebih senior.

Ada pekerja yang tidak diberikan kuasa auton0mi serta tiada peluang untuk kenaikan pangkat atau kemajuan kerjaya.

Selain daripada buli, ada pekerja yang  didera dalam bentuk em0si seperti disindir atau diherdik serta mengalami gangguan seksual.

Persekitaran kerja yang toksik, jauh dari tempat tinggal serta w4ktu bekerja yang panjang serta sukar mengambil cuti turut menjadi antara punca stres.

Untuk itu, perlu dikenal pasti apakah punca stres di tempat kerja tersebut. Ada punca tekanan yang di luar kaw4lan individu dan individu tersebut harus belajar untuk menguruskan tekanan dengan baik.

Tips untuk pekerja

1) Jika masalah tersebut adalah daripada individu, cuba bersemuka dan cari jalan penyeles4ian. Banyak masalah berpunca dari maklumat orang ketiga sehingga menimbulkan salah faham yang berpanjangan.

2) Rancang kerja dan masa dengan baik. Senaraikan tugasan mengikut kepentingan dan tarikh yang perlu disiapkan.

3) Kenal pasti serta ubah jika ada polisi yang tidak fleksibel sehingga menyeb4bkan stres berlaku.

4) Cuba kenal pasti tahap kemampuan sendiri dan belajar untuk menjadi lebih asertif. Seringkali mereka yang boleh buat kerja  dibuli dengan beban kerja yang banyak, sedangkan mereka yang malas tidak diberikan tug4san yang sewajarnya. Ini akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kemudian hari.

5) Lakukan kerja secara berpasukan serta bahagikan tug4s mengikut kemahiran serta kebolehan.

6) Amalkan work-life balance atau keseimbangan antara kerja dengan kehidupan. Tetapkan matlamat hidup, kepentingan anda serta pisahkan kerja dari rumah. Tingg4lkan apa yang berkaitan dengan kerja di tempat kerja.

7) Kenal pasti sistem sokongan anda. Ia boleh jadi pasangan, rakan atau pun ahli keluarga. Mereka adalah tempat untuk anda menyalurkan tekanan yang dialami. Selain daripada meluahkan mas4lah, kita dapat berkongsi pendapat serta belajar dari pengalaman orang lain.

8) Meningkatkan ketahanan diri dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti beriadah, makan m4kanan seimbang dan tidur secukupnya. Disarankan, senaman dilakukan tiga kali seminggu dengan 30 sehingga 45 minit setiap sesi. Elakkan mengambil terlampau banyak kafein, alkohol atau merokok.

9) Merehatkan minda dengan melakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi otot, meningkatkan ibadah serta berfikir secara positif.

10) Ubah persepsi anda terhadap tekanan. Daripada menyatakan ia sebagai beban, adalah lebih baik jika kita menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri. Belajar menerima  kritikan dengan baik.

11) Banyakkan senyum dan ketawa. Lawak jenaka menjadikan diri lebih positif serta ceria.

12) Peruntukkan masa untuk diri sendiri. Contohnya, rehat lima minit selepas 90 minit bekerja. Pergi ke spa atau salun rambut juga adalah masa untuk anda memanjakan diri di waktu lapang.

13) Rancang hobi dan aktiviti. Sekurang-kurangnya satu aktiviti seminggu untuk hobi seperti membaca, berbasikal, mendaki atau berkelah. Jadualkan aktiviti supaya dijalankan secara tetap. Adalah lebih bagus sekiranya dilakukan bersama rakan-rakan atau berkumpulan.

Tips untuk ketua atau majikan

1) Amalkan sikap terbuka serta berbincang denan pekerja jika ada perkara yang tidak memuaskan hati.

2) Berikan teguran secara individu dan tertutup.

3) Berikan insentif kepada mereka yang layak untuk meningkatkan motivasi serta harga diri.

4) Berikan sokongan untuk kemajuan kerjaya.

5) Beri pertimbangan yang sewajarnya untuk perkara yang berkaitan dengan masalah keluarga dan penyakit. Contohnya jika mereka terpaksa mengambil cuti kerana anak sakit atau hadir untuk temujanji ke hospital. Jika masalah keluarga dan penyakit dapat diuruskan dengan baik, maka prestasi kerja juga adalah lebih baik.

6) Tingkatkan pengetahuan tentang kesihatan mental dan pastikan bahawa ada saluran bantuan untuk diberikan kepada individu yang perlu.

7) Jadikan sikap hormat-menghormati serta komunikasi berkesan sebagai budaya di tempat kerja.

Tekanan perlu ditangani di peringkat awal. Tekanan yang berpanjangan boleh menyebabkan berlakunya kemurungan, kegelisahan, mencetuskan penyakit serta  menyebabkan penyakit fizikal sedia ada menjadi bertambah teruk.

Untuk itu adalah penting agar pekerja dan majikan bersama-sama berusaha untuk mengurangkan tekanan serta menjadikan persekitaran kerja kondusif dan harmoni.



* Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha, Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI

PENAFIAN:
Astro AWANI dan pemilik akaun ini tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sebenar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Terima kasih.

Tempat Menarik di Kelantan Minggu ini. Jalan-Jalan Sambil Berkelah di Pantai Senok Bachok

                                                   Pantai Senok Bachok

            Hari ini saya nak bawak anda semua berjalan-jalan ke Pantai Senok Bachok Kelantan

             pantai ini terletak 16km daripada bandar Kota Bharu dan mengambil masa 27minit.

                                                              Jom  ke Pantai Senok

                                 suasana di Pantai Senok yang selalu orang datang bergambar

                                                bermain layang-layang bersama anak-anak

                                                   telatah anak-anak membeli ais krim

                         sebelum pulang saya sempat singgah membeli ikan segar berhampiran pantai



                                       Anda boleh tengok video ini. selamat menonton.

Wednesday, November 1, 2017

Muhammad Irsyad Aqil

Dah besar dah Muhammad Irsyad Aqil 1tahun 2bulan


Surprise For My Lovely Wife

Dapat jugak surprise kat wife tersayang